INSTRUKTOR
Kami menyediakan instruktor yang cekap dan berpengalaman dalam mengendalilan latihan.

Azhar Bin Shamsudin
Berasal dari Perak Darul Ridzuan
Pengalaman
- Bekas anggota Komando Pasukan Khas Udara (PASKAU) dengan lebih 22 tahun pengalaman dalam bidang kejurulatihan dan pengoperasian taktikal ketenteraan
- Pernah memegang jawatan sebagai Skuadron Sjn Mejar (SSM SKN) Sayap Tempur dan sebagai Jurulatih dan Penyelia bagi kursus kepakaran seperti; (1)Marksmanship (2)Senjata Tempur Khas (3)CQB (4)Combat Air Rescue (CSAR) (5)Pengesan Tempur (6)Pengendalian Perahu Tempur
- Menghadiri kursus dalam negara; (1)Komando (2)Terjun Bebas (3)Combat Search & Rescue (4)Combat Medic (5) First Responder Life Support (FRLS) (6)International Life Saver (ILS) (7)Rescue Diver
- Kursus Luar Negara; Counter Terrorist di UK
- Pernah mewakili Pasukan Khas TUDM dalam pertandingan menembak (IPSC) di Pengkalan TLDM Lumut
- Pada akhir perkhidmatan tentera, beliau ditempatkan di bahagian Standard, Safety & Readiness (SSR) bagi menilai tahap keselamatan, kesiapsiagaan dan kemampuan anggota
- Pernah ditugaskan sebagai penilai bagi exercise MALINDO
- Menghargai jasanya selama berkhidmat, beliau telah dianugerahkan Pingat Bintara Angkatan Tentera (BAT) dan Pingat Pertubuhan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB)

Mohd Zulkifli bin Hj Latif
Berasal dari Sepang, Selangor
Pengalaman
- Lebih 10 tahun menceburi bidang kemahiran menembak
- Merupakan jurulatih Institut Latihan Menembak Jugra Perkasa (ILMJP) sejak 2016 hingga kini
- Ditauliahkan sebagai RO (Range Officer) di bawah National Range Officer Institute (NROI) pada tahun 2018 dan telah berkhidmat sebagai RO untuk lebih 6 kali Kejohanan IPSC di Malaysia
-
Telah menyertai banyak acara pertandingan menembak dengan cemerlang antaranya;
(1) Tempat Pertama acara Menembak bersama Media anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang (2022),
(2) Pertandingan Menembak M4 Mahabbah TLDM di Markas Wilayah Laut 1, Kuantan sejak 2015 dengan 6 kali menaiki podium termasuk 3 kali mendapat Tempat Pertama,
(3) Tempat ke-3 Pertandingan Menembak Sempena Hari Polis Ke-210 IPD Kuala Langat
- Daftar Ahli
- Daftar Kursus
- Tempahan Slot Menembak
Daftar Ahli Kelab Menembak
Semua orang mampu menjadi pengendali senjata api yang cekap & efisien.
Daftar Kursus Latihan Menembak
Semua orang mampu menjadi pengendali senjata api yang cekap & efisien.
Tempahan Slot Menembak
Semua orang mampu menjadi pengendali senjata api yang cekap & efisien.
