kenali kami
Selamat datang ke akademi Menembak Lt. Adnan.
Akademi Menembak Lt. Adnan Sdn. Bhd. (AMLA) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang menjalankan aktiviti sukan menembak di Malaysia.
Fokus AMLA adalah untuk mempromosi dan membudayakan aktiviti sukan menembak di Malaysia serta melahirkan pengguna senjata api yang cekap, professional dan bertaraf antarabangsa
Pemegang C&U Aktif
0
Jurulatih Bertauliah
0
Tahun Ditubuhkan
0
Senjata Api Didaftarkan
0
Peserta Yang Telah Dilatih
0
+
Pengasas & Penasihat
Tuan Haji Adnan bin Ibrahim
PENGASAS
Pengalaman
- Institut ini diasaskan oleh Tuan Haji Adnan bin Ibrahim, Pesara Tentera Udara Di Raja Malaysia selama 22 tahun sebagai anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU).
- Beliau juga sebagai anggota Komando (Green Beret) Rejimen Gerak Khas Sungai Udang Melaka
- Pemegang Lesen (A) Utama Akademi
- Berpengalaman mengendalikan Institut Latihan Menembak Jugra Perkasa (ILMJP) selama 20 tahun
SAC G/10958 DATO’ ABDUL RAZAK BIN MOHD YUSOFF
PENASIHAT (2026 - Kini)
Pengalaman
- Lebih 25 tahun pengalaman dalam Unit 69 Komando PGK dengan kepakaran senjata api dan operasi khas.
- Mengetuai rundingan Op Subuh, berjaya menumpaskan kumpulan Al-Ma'unah tanpa pertumpahan darah.
- Berpengalaman melatih dalam bidang menembak dan taktikal serta mengikuti latihan kepakaran dalam dan luar negara.
Allahyarham Dato’ Mohd Rani bin Abdul Rashid
PENASIHAT (2024-2025)
Pengalaman
- Telah melibatkan diri dan mengetuai operasi tempur di hutan dalam menentang pengganas komunis dari tahun 1971 sehingga 1989.
- Berkhidmat sebagai Pasukan Polis Hutan: VAT 69 Komando pada tahun 1969 sehingga 2006.
- Jawatan tertinggi beliau adalah sebagai Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (Senior Asisten Komisioner 1)
Pasukan Kami
Pasukan kami bersedia memberi khidmat dan latihan yang terbaik untuk anda.
MUSLIM BIN ABDULLAH ZAIK
Pengarah / CEO
ahmad nawal bin mazlan
Pengarah / COO
AZHAR BIN SHAMSUDIN
Pengurus Kurikulum & Pembangunan Latihan / AMRA
MOHD ZULKIFLI BIN HJ LATIF
Pegawai Lapang Sasar / Jurulatih
PENGASUH, KOORDINATOR LATIHAN & JURULATIH
Kami menyediakan instruktor yang cekap dan berpengalaman dalam mengendalikan latihan.
Azhar Bin Shamsudin
PENGASUH & KOORDINATOR LATIHAN
Pengalaman
- Bekas anggota Komando Pasukan Khas Udara (PASKAU) dengan lebih 22 tahun pengalaman dalam bidang kejurulatihan dan pengoperasian taktikal ketenteraan
- Pernah memegang jawatan sebagai Skuadron Sjn Mejar (SSM SKN) Sayap Tempur dan sebagai Jurulatih dan Penyelia bagi kursus kepakaran seperti; (1)Marksmanship (2)Senjata Tempur Khas (3)CQB (4)Combat Air Rescue (CSAR) (5)Pengesan Tempur (6)Pengendalian Perahu Tempur
- Menghadiri kursus dalam negara; (1)Komando (2)Terjun Bebas (3)Combat Search & Rescue (4)Combat Medic (5) First Responder Life Support (FRLS) (6)International Life Saver (ILS) (7)Rescue Diver
- Kursus Luar Negara; Counter Terrorist di UK
- Pernah mewakili Pasukan Khas TUDM dalam pertandingan menembak (IPSC) di Pengkalan TLDM Lumut
- Pada akhir perkhidmatan tentera, beliau ditempatkan di bahagian Standard, Safety & Readiness (SSR) bagi menilai tahap keselamatan, kesiapsiagaan dan kemampuan anggota
- Pernah ditugaskan sebagai penilai bagi exercise MALINDO
- Menghargai jasanya selama berkhidmat, beliau telah dianugerahkan Pingat Bintara Angkatan Tentera (BAT) dan Pingat Pertubuhan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB)
Mohd Zulkifli bin Hj Latif
JURULATIH
Pengalaman
- Lebih 10 tahun menceburi bidang kemahiran menembak
- Merupakan jurulatih Institut Latihan Menembak Jugra Perkasa (ILMJP) sejak 2016 hingga kini
- Ditauliahkan sebagai RO (Range Officer) di bawah National Range Officer Institute (NROI) pada tahun 2018 dan telah berkhidmat sebagai RO untuk lebih 6 kali Kejohanan IPSC di Malaysia
-
Telah menyertai banyak acara pertandingan menembak dengan cemerlang antaranya;
(1) Tempat Pertama acara Menembak bersama Media anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang (2022),
(2) Pertandingan Menembak M4 Mahabbah TLDM di Markas Wilayah Laut 1, Kuantan sejak 2015 dengan 6 kali menaiki podium termasuk 3 kali mendapat Tempat Pertama,
(3) Tempat ke-3 Pertandingan Menembak Sempena Hari Polis Ke-210 IPD Kuala Langat
Daftar Kursus Latihan Menembak
Semua orang mampu menjadi pengendali senjata api yang cekap & efisien.
Tempahan Slot Menembak
Semua orang mampu menjadi pengendali senjata api yang cekap & efisien.